Rabu, 27 Mei 2009

Bunga Cengkih

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Kegunaannya
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

*Dipetik dari laman: http://ms.wikipedia.org/wiki/Cengkih

Hilangkan Bau Kurang Enak Dengan Cengkih
Cengkih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak di dalam peti sejuk anda. Caranya adalah dengan memasukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya.

Bagaimana matahari berfungsi?

Sinaran matahari menghangatkan planet setiap hari dengan membekalkan cahaya yang diperlukan oleh kehidupan di dunia. Sebenarnya matahari adalah sebuah bintang sama seperti bintang-bintang yang lain yang kita lihat di angkasa. Perbezaannya adalah jarak kerana kebanyakan bintang berada beberapa tahun cahaya jauhnya sementara matahari hanya pada jarak lapan minit cahaya sahaja.

Secara amnya, matahari diklasifikasikan sebagai bintang G2 berdasarkan suhu dan panjang gelombang atau spektrum cahaya yang dipancarkan. Matahari boleh dikatakan purata satu bilion bintang yang mengorbit di pusat galaksi.

Matahari telah membakar selama lebih 4.5 bilion tahun dan akan terus mengeluarkan haba dan cahaya sehingga beberapa bilion tahun lagi. Ia merupakan satu koleksi besar gas kebanyakannya hidrogen dan helium. Disebabkan saiznya yang amat besar, ia mempunyai tarikan graviti yang boleh menarik gas helium dan hidrogen serta membolehkan planet mengorbitnya. Matahari tidak membakar seperti kayu api tetapi merupakan reaktor nuklear gergasi.

*Dipetik dari majalah estidotmy, edisi 87

Sudut IT@pdkt

Sudut IT @ pdkt merupakan salah satu perkidmatan yang disediakan di Perpustakaan Desa Kg. Kuala Teriang. Perkhidmatan dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau "Universal Service Provision-USP" adalah kerjasama antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Sudut Dewasa

Sudut Dewasa

Khamis, 21 Mei 2009

Sudut Kanak-kanak


Antara sudut yang terdapat di PD Kg. Kuala Teriang.. Foto ini memaparkan Sudut Kanak-kanak

Menyayangi Semua Orang Di Sekitar

Orang yang banyak memiliki sifat sayang dalam dirinya akan menarik orang agar sayang kepadanya. Semua orang di sekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita mudah dihormati. Malah, semua makhluk allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan juga perlu dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Sifat berkasih-sayang adalah sifat yang sangat dianjurkan oleh Islam. Malah allah s.w.t mengiktiraf bahawa setiap orang Mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah padanan kasih-sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci diri mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu.." (Riwayat Muslim)

*Dipetik dari buku 'Petua Membuat Orang Jatuh Cinta'

Adab-adab berdoa

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata bagi orang mukmin."

Doa mempunyai keajaiban dan kekuatannya yang tersendiri bagi orang-orang yang ikhlas dan meyakininya.

Adab-adab berdoa
  • Berdoa dalam keadaan diri masih berwudhuk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
  • Memukan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah.
  • Duduk dan mengadap ke kiblat.
  • Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.
  • Berdoa dengan penuh khusyuk, tawadhu` dan merendahkan suara.
  • Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
  • Mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
  • Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.
  • Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Rabu, 20 Mei 2009

Ilmu Pelita Hidup

Salam semua..


"Ilmu Pelita Hidup" ungkapan yang besar ertinya. Fahamilah maksud tersebut. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Bayangkan bagaimana keadaannya tatkala kita berjalan di dalam kegelapan tanpa sebarang cahaya., pastinya amat sukar untuk kita mencari arah cuma tangan yang terkapai-kapai mencari mencari objek yang membantu pergerakan..

Tapi andainya kita sedang berjalan di tempat yang diterangi cahaya, pastinya langsung tiada masalah untuk terus melangkah. Kita boleh bergerak bebas ke mana sahaja yg kita mahukan.

Begitulah juga halnya dengan ilmu, ia amat membantu dalam segala urusan. Melalui ilmulah kita boleh menetapkan matlamat dan arah tujuan kita. Ilmu jugalah yang memberikan kita segala yang tidak mungkin diperolehi tanpanya.. Kejayaan seseorang pastilah berdasarkan ilmu yang dimiliki. Sebanyak atau sejauh mana kejayaan yang kita kecapi, semuanya kerana ilmu. Orang yang sentiasa mendambakan ilmu adalah orang yang berwawasan dalam memajukan diri ke arah yang lebih baik. Melalui ilmu, kita boleh menggapai ke puncak..