Memaparkan catatan dengan label Ilmu Pelita Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Pelita Hidup. Papar semua catatan

Ahad, 28 Februari 2010

Ilmu Memudahkan Jalan Ke Syurga

"Dan barang siapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kaum dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka itu ketenangan dan diliputi mereka itu oleh rahmat dan dilingkungi mereka itu oleh malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada orang yang berada di sisi-Nya."

(H.R. Muslim)

Rabu, 20 Mei 2009

Ilmu Pelita Hidup

Salam semua..


"Ilmu Pelita Hidup" ungkapan yang besar ertinya. Fahamilah maksud tersebut. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Bayangkan bagaimana keadaannya tatkala kita berjalan di dalam kegelapan tanpa sebarang cahaya., pastinya amat sukar untuk kita mencari arah cuma tangan yang terkapai-kapai mencari mencari objek yang membantu pergerakan..

Tapi andainya kita sedang berjalan di tempat yang diterangi cahaya, pastinya langsung tiada masalah untuk terus melangkah. Kita boleh bergerak bebas ke mana sahaja yg kita mahukan.

Begitulah juga halnya dengan ilmu, ia amat membantu dalam segala urusan. Melalui ilmulah kita boleh menetapkan matlamat dan arah tujuan kita. Ilmu jugalah yang memberikan kita segala yang tidak mungkin diperolehi tanpanya.. Kejayaan seseorang pastilah berdasarkan ilmu yang dimiliki. Sebanyak atau sejauh mana kejayaan yang kita kecapi, semuanya kerana ilmu. Orang yang sentiasa mendambakan ilmu adalah orang yang berwawasan dalam memajukan diri ke arah yang lebih baik. Melalui ilmu, kita boleh menggapai ke puncak..