Isnin, 29 Mac 2010

Kambing dan Kayu Api

Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. Mereka mendirikan khemah di situ. Kebetulan mereka membawa seekor kambing hidup sebagai bekalan makanan.


“Biarlah saya sembelih kambing itu,” kata seorang sahabat Nabi Muhammad.


“Dan biarlah saya melapahnya,” kata yang lain.


“Dan saya pula, biar saya pula yang mencari kayu api,” sambut Nabi Muhammad.


Sahabat-sahabat terkejut mendengar kata-kata Nabi Muhammad itu. Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad bersusah payah membuat kerja. “Tak usah lah tuan. Biarlah kami sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja,” saran mereka kepada Nabi Muhammad.


Nabi Muhammad tetap dengan pendiriaannya. Beliau mahu ikut bekerja. “Saya takkan berpeluk tubuh sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan dirinya daripada yang lain,” jawab Nabi Muhammad dengan tegas. Beliau terus keluar dan balik memikul kayu api di bahunya.

Ahad, 28 Februari 2010

Ilmu Memudahkan Jalan Ke Syurga

"Dan barang siapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kaum dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka itu ketenangan dan diliputi mereka itu oleh rahmat dan dilingkungi mereka itu oleh malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada orang yang berada di sisi-Nya."

(H.R. Muslim)

Khamis, 21 Januari 2010

"Ingatlah wahai kawan, bahawa perjalanan yang akan kita tempuhi sama sebagaimana perjalanan yang telah mereka lalui. Kita pun akan mendapat giliran, hanya menunggu saat tiba yang semakin hari semakin dekat.."