Ahad, 23 Ogos 2009

Aktiviti Julai 09







Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu 25 Julai 2009 terbahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh dua orang peserta. Tugasan yang diberikan adalah berbentuk info hunt dimana setiap kumpulan perlu mencari sepuluh klu yang berada di dalam perpustakaan. Setiap klu tersebut mengandungi huruf-huruf yang telah diceraikan dan peserta dikehendaki mencantumkan kembali klu tersebut bagi mencari apakah perkataan yang terbentuk disebalik setiap klu.

Selain untik memenuhi masa lapang, aktiviti ini juga dapat membina minda yang kreatif disamping memupukkesabaran di dalam diri peserta serta semangat kerjasama berpasukan.

Rabu, 19 Ogos 2009

Apa Perlunya Tuhan & Agama

Kajian psikologi membuktikan individu-individu yang percaya pada Tuhan menikmati kehidupan yang lebih stabil, sihat dan bahagia daripada mereka yang tidak beragama.

Walau bagaimanapun, pendidikan moden yang berdasarkan falsafah Barat menyebabkan merosotnya darjah keyakinan kepada Tuhan dan agama di kalangan generasi lulusannya.

Buku ini menerangkan Tuhan dengan menggunakan pendekatan yang mudah difahami oleh pembaca yang kritis.

Penulis- Shopuan Anuar Ahmad ialah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Kangar.

Khamis, 6 Ogos 2009

Aktiviti Jun 09

Sekitar Aktiviti Nuri Bertenggak


Ha adik2, tengok demo ni dulu ya.. satgi baru kita buat ramai ramai.

Ooo.. mcm ni ke nk buatnya..

"Mula buat mcm ni, tgk la aku buat ni....."



Ha, ini lah hasilnya.. Cantik tak???

Aktiviti yang menggabungkan seni catan, melukis dan mewarna ini disertai oleh 11 orang peserta.

Mengapa Rotan Tidak Berkesan?

Buku tulisan Mohd Rashid Mohd Saad ini membincangkan isu berkaitan hukuman merotan yang dijalankan di sekolah. Kajian dari dalam dan luar negara dikupas bagi mencari punca kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan hukuman merotan dan sejauh mana keberkesanan hukuman itu dalam mengawal tingkah laku pelajar sekolah. Turut dipaparkan cara pelaksanaan hukuman merotan yang betul seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini turut membincangkan kaedah alternatif bagi mendisiplinkan pelajar.
Antara perkara yang dibincangkan adalah:
  • Institusi Keluarga dan Sekolah
  • Teori Dalaman dan Perbuatan Devian
  • Kajian Disiplin di Seluruh Dunia
  • Gambaran Merotan Zaman Dahulu
  • Disiplin dan Tingkah Laku Pelajar
  • Alternatif bagi Merotan

Buku ini sesuai untuk guru sekolah terutama guru disiplin, guru besar, kaunselor, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal pelajar.

* Penulis merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan, UM.

Ahad, 2 Ogos 2009

Aktiviti Mei 09

Seramai Dua Puluh Satu (21) orang peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini dimana terdiri 8 orang peserta untuk tahap satu dan 13 orang untuk tahap dua. Aktiviti berbentuk santai ini amat bermanfaat kepada para peserta kerana selain mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah, aktiviti seperti ini juga dapat membina minda yang kreatif disamping memupuk kesabaran di dalam diri peserta. Aktiviti ini juga bertujuan menarik minat orang ramai khususnya kanak-kanak untuk menjadikan perpustakaan tempat melakukan aktiviti yang berfaedah kepada mereka selain memupuk minat membaca yang tiada jemu dikalangan mereka.

Aktiviti mewarna ini dimenangi oleh Muhammad Firdaus Bin Abdul Samat, tempat kedua oleh Nurmas aizil Hambali Bt. Aizaz manakala tempat ketiga dimenangi oleh Normas Aizil Hanani Bt. Aizaz. Bagi tahap dua pula dimenangi oleh Normas Aizil Hasanah Bt. Aizaz, diikuti oleh Siti Nor Liyana Bt. Ismail dan tempat ketiga oleh Nurul Syazwani Bt. Abd. Rahim. Hadiah disampaikan oleh AJK Perpustakaan Desa Kg. Kuala Teriang.





Aktiviti April 09

Aktiviti yang dijalankan adalah Aktiviti Silangkata & Tunjuk Jalan. Aktiviti berbentuk santai ini disertai olah sebelas orang peserta iaitu; Nur Jiha, Nurul Syuhada, Mohamad Irman, Zetty Alya Athirah, Nor Arisa Aifa, Muhamad Ikman Hakim, Nur Nisa Amila, Fatin Nadia, Basirah, Nureisha Hidayah & Siti Zalikha.

Aktiviti Mac 09



Sekitar Aktiviti Origami: Katak Lompat

Aktiviti Feb 09

Pada Feb 09 PD Kg. Kuala Teriang telah mengadakan aktiviti Penanda Buku: Gadis Jepun. Aktiviti dijalankan adalah untuk mengisi masa lapang dengan sesuatu aktiviti berfaedah disamping menjana kreativiti dan minda para peserta yang terdiri daripada pengguna perpustakaan. Petugas sedang menunjukkan demo cara-cara membuat penanda buku.

Tengok sini betui2 cikgu nk ajaq...
tekun membuatnya..
Peserta bergambar bersama hasilan masing-masing
Inilah hasilnya.. Cantik kan..