Buku tulisan Mohd Rashid Mohd Saad ini membincangkan isu berkaitan hukuman merotan yang dijalankan di sekolah. Kajian dari dalam dan luar negara dikupas bagi mencari punca kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan hukuman merotan dan sejauh mana keberkesanan hukuman itu dalam mengawal tingkah laku pelajar sekolah. Turut dipaparkan cara pelaksanaan hukuman merotan yang betul seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini turut membincangkan kaedah alternatif bagi mendisiplinkan pelajar.
Antara perkara yang dibincangkan adalah:Institusi Keluarga dan Sekolah
Teori Dalaman dan Perbuatan Devian
Kajian Disiplin di Seluruh Dunia
Gambaran Merotan Zaman Dahulu
Disiplin dan Tingkah Laku Pelajar
Alternatif bagi Merotan
Buku ini sesuai untuk guru sekolah terutama guru disiplin, guru besar, kaunselor, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal pelajar.
* Penulis merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan, UM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan