Rabu, 27 Mei 2009

Bagaimana matahari berfungsi?

Sinaran matahari menghangatkan planet setiap hari dengan membekalkan cahaya yang diperlukan oleh kehidupan di dunia. Sebenarnya matahari adalah sebuah bintang sama seperti bintang-bintang yang lain yang kita lihat di angkasa. Perbezaannya adalah jarak kerana kebanyakan bintang berada beberapa tahun cahaya jauhnya sementara matahari hanya pada jarak lapan minit cahaya sahaja.

Secara amnya, matahari diklasifikasikan sebagai bintang G2 berdasarkan suhu dan panjang gelombang atau spektrum cahaya yang dipancarkan. Matahari boleh dikatakan purata satu bilion bintang yang mengorbit di pusat galaksi.

Matahari telah membakar selama lebih 4.5 bilion tahun dan akan terus mengeluarkan haba dan cahaya sehingga beberapa bilion tahun lagi. Ia merupakan satu koleksi besar gas kebanyakannya hidrogen dan helium. Disebabkan saiznya yang amat besar, ia mempunyai tarikan graviti yang boleh menarik gas helium dan hidrogen serta membolehkan planet mengorbitnya. Matahari tidak membakar seperti kayu api tetapi merupakan reaktor nuklear gergasi.

*Dipetik dari majalah estidotmy, edisi 87

Tiada ulasan: